Jumaat, 29 Oktober 2021

KUIH SRI AYU TANPA SANTAN.

"KUIH SRI AYU GEBU "




BAHAN A:

3 biji telur *
Ovalette 1 sudu besar *

Gula satu cawan *

BAHAN B :

Tepung gandum 2 cawan

Baking powder 1 susu kecil (sudu kfc)

Tepung ubi satu sudu besar 

1 cawan susu cair tin (jenama apa pon tak apa)

Pewarna hijau sedikit 

BAHAN C: 
1 biji isi nyiur ( putih sahaja)

Satu sudu besar tepung gandum

Garam secubit 

CARA:

1. Basuh 3 biji telur 

2. Pecahkan ke dalam bowl mixer 

3. Masukkan 1 cawan gula ke dalam bowl yang sama 

4. Masukkan satu sudu besar ovalette 

5. Pukul sampai kembang. putar perlahan dahulu sampai agak kembang kemudian putar laju pada tahap 4-5

6. Pukul sampai ringan dan putih 

7. Kemudian masukkan Bahan B - 2 tepung gandum dan 1 sudu besar tepung ubi yang dah digaul rata bersama baking powder.

8. Masukkan 1 cawan susu cair 

9. Putar sebentar dalam kealjuan sederhana. Gaul rata menggunakan spatula.


UNTUK NYIUR 

- Gaul isi nyiur bersama sedikit garam dan 1 sudu besar tepung 

*Kemudian didihkan air kukusan sehingga betul betul menidih 

*Sediakan bekas acuan yang mencukupi 

*sapukan minyak pada acuan Sri Ayu 

*Masukkan nyiur yang telah digaul mengikut kuantiti yang dikehendaki (1 atau setengah sudu)

*Tindankan setiap acuan agar nyiur di dalam acuan padat 

*Kukuskan sebentar 3 minit ( Tak mahu pun tidak mengapa) 

*Kemudian masukkan adunan yang telah diputar tadi kedalam acuan 

*Kukus selama 15 minit dengan api yang besar 

*Pastikan tudung pengukus dibalut dengan kain bersih agar wap air tidak terkena pada kuih Sri Ayu

*Selepas 15 minit boleh keluarkan dari pengukus 

*Tunggu sebentar dan boleh dijamah 

kejadian kuih yang saya buat. 

https://www.instagram.com/s/aGlnaGxpZ2h0OjE3OTE3NjUxOTIxNjIyMzY1?story_media_id=2508776566341752356_2219053533&utm_medium=copy_link

TERIMA KASIH , ''selamat mencuba"