Selasa, 23 November 2021

 KARIPAP INTI UBI KENTANG

BAHAN A

  • TEPUNG GANDUM 4 CAWAN 
  • GARAM 1 1/2 SUDU KECIL KFC 
  • AIR SEJUK 1 CAWAN 
  • MAJERIN 4 SUDU BESAR 
  • MINYAK 4 SUDU BESAR 
  • GULA 1/2 SUDU KECIL KFC 

BAHAN B 

  • POTONG UBI 5 BIJI 
  • BAWANG KECIL 1 BIJI
  • DAUN KARI 1 TANGKAL  
  • SERBUK KARI 4 SUDU BESAR BANCUH DENGAN AIR PANAS 
  • GARAM 1 1/2  SUDU KECIL  KFC GARAM 
  • 2 SUDU BESAR GULA 
  • AIR SECUKUPNYA 
CARA

  1. ANYAKKAN TEPUNG GANDUM 
  2. PANASKAN MAJERIN DAN MINYAK 
  3. SETELAH PANAS MASUKKAN MINYAK DAN MAJERIN DALAM TEPUNG 
  4. KACAR DAN RATAKAN MENGGUNKAN GARFU 
  5. MASUKKAN AIR YANG DICAMPUR DENGAN GARAM SEDIKIT DEMI SEDIKIT SEHINGGA MENJADI ADUNAN 
  6. BIARKAN SEKETIKA
  7. UNTUK INTI 
  8. MASUKKAN MINYAK DALAM KUALI 
  9. SETELAH PANAS MASUKKAN BAWANG DAN KARI MASAK SEHINGGA GARING 
  10. MASUKKAN SERBUK KARI YANG TELAH DIBANCUH DENGAR AIR PANAS 
  11. MASAK SEHINGGA PECAH MINYAK 
  12. MASUKKAN UBI BIARKAN SEKETIKA 
  13. MASUKKAN GARAM DAN PERENCAH SECUKUPNYA 
  14. KEMUDIAN MASUKKAN AIR SEHINGGA  MENUTUPI KENTANG DI DALAM PERIUK
  15. MASAK SEHINGGA UBI EMPUK DAN AIR SEDIKIT KERING 
  16. MASUKKAN 1 1/2 BESAR TEPUNG GANDUM KE DALAM INTI 
  17. SETELAH SIAP INTI SEJUKKAN 
  18. BULATKAN ADUNAN DAN CANAIKAN IA 
  19. MASUKKAN INTI DAN KELIM MENGGUNAKAN TANGAN ATAU ACUAN KARIPAP
  20. SETELAH SIAP  MASUKKAN MINYAK KE DALAM KUALI  BUKA API SEDERHANA
  21. SETELAH PANAS MASUKKAN UBI DENGAN API SEDERHANA DAN RAJIN TERBALIKKAN KARIPAP TERSEBUT AGAR MASAK DENGAN SEMPURNA.

"SELAMAT MENCUBA" 


KUIH SAGU MERAH SALUT NYIUR 

  • SAGU SATU CAWAN 
  • AIR 2 CAWAN 
  • GULA 5 SUDU 
  • PEWARNA MERAH
  • ACUAN KUIH 
  • NYIUR SEBIJI 
  • GARAM SECUKUP RASA
CARA 

  1. RENDAM SAGU DALAM 30 MINIT 
  2. TAPISKAN SAGU SEJATKAN SAGU 
  3. DIDIHKAN AIR DIDALAM PERIUK SEHINGA MENIDIH 
  4. MASUKKAN SAGU 
  5. KACAU SEHINGGA SAGU JERNIH 
  6. MASUKKAN GULA DAN PEWARNA MERAH (ROSE)
  7. KACAU SEHINGGA LIKAT DAN KENTAL 
  8. SEDIAKAN ACUAN KUIH APOM 
  9. SAPUKAN MINYAK PADA ACUAN SUPAYA MUDAH UNTUK DIKELUARKAN 
  10. MASUKKAN SAGU YANG TELAH SIAP TADI 
  11. SEJUKKAN 
  12. KUKUSKAN SEBIJI NYIUR SELAMA 5 MINIT 
  13. MASUKKAN GARAM SEDIKIT SAHAJA 
  14. SETELAH SETENGAH JAM ATAU 40 MINIT KELUARKAN SAGU DAN GULINGKAN KE ATAS NYIUR 
  15. SIAP DIJAMAH 

"SELAMAT MENCUBA"

 KUIH KASTURI 


  • KACANG 1 CAWAN 
  • AIR 4/5 CAWAN 
  • 1/2 SUDU BESAR GULA PASIR 
  • GULA MERAH 5 SUDU BESAR 
  • GARAM SECUKUP RASA  
  • MASUKKAN NYIUR SATU CAWAN
  • TEPUNG GANDUM 5 SUDU BESAR 
  • BIJAN SECUKUPNYA 
  • AIR 

CARA 

  1. BASUH KACANG HIJAU DAN RENDAMKAN SELAMA 40 MINIT 
  2. KEMUDIAN MASUKKAN KEDALAM PERIUK SERTA MASUKKAN 4/5 CAWAN AIR 
  3. DIDIHKAN SEHINGA KACANG LEMBUT DAN KEMBANG MASUKKAN NYIUR.
  4. MASUKKAN GULA DAN GULA MERAH SERTA TEPUNG GANDUM 5 SUDU. 
  5. KACAU SEHINGGA MENJADI ADUNAN DAN TUTUP API .

SETELAH SIAP BIARKAN SEJUK SEKETIKA 

SETELAH SEJUK GUMPALKAN ADUNAN MENJADI BULAT 

SETELAH SIAP PENYETKAN ADUNAN TADI 

KEMUDIAN 

ADUNAN SALUTAN KUIH KACANG 

1 CAWAN TEPUNG GANDUM 

1/2 CAWAN TEPUNG JAGUNG 

DAN TEPUNG UBI SATU SUDU

GARAM SECUKUP RASA 

CARA GORENG 

MASUKKKAN MINYAK SECUKUPNYA 

CELUP ADUNAN KUIH KE DALAM SALUTAN TEPUNG 

GORENG DENGAN API SEDERHANA DAN RAJIN TERBALIKKAN UNTUK MENGELAKKAN HANGUS 

"SELAMAT MENCUBA"

 


KUIH BOM 

BAHAN A 

  • TEPUNG GANDUM SATU CAWAN 
  • TEPUNG BERAS 2 CAWAN 
  • AIR SETENGAH CAWAN 
  • GULA 2/3 SUDU BESAR 

BAHAN B 

  • UNTUK INTI 
  • KACANG SETENGAH CAWAN 
  • AIR 2/3 CAWAN 
  • 5 SUDU BESAR GULA
  • GULA MERAH 2 SUDU BESAR 
  • GARAM SECUKUP RASA  
  • TEPUNG GANDUM 2 SUDU 
  • BIJAN SECUKUPNYA 
  • AIR 

CARA 

  1. MASAK INTI TERLEBIH DAHULU
  2. BASUH KACANG HIJAU DAN RENDAMKAN SELAMA 40 MINIT 
  3. KEMUDIAN MASUKKAN KEDALAM PERIUK SERTA MASUKKAN 3 CAWAN AIR 
  4. DIDIHKAN SEHINGA KACANG LEMBUT DAN KEMBANG 
  5. MASUKKAN GULA DAN GULA MERAH SERTA TEPUNG GANDUM 2 SUDU. 
  6. SETERUSNYA UNTUK ADUNAN
  7. ANYAKKAN TEPUNG GANDUM DAN BERAS 
  8. MASUKKAN GULA DAN GAUL RATA 
  9. MASUKKAN AIR SEDIKIT DEMI SEDIKIT SEHINGGA MENJADI DOH 
  10. SELEPAS SIAP DOH 
  11. SEDIAKAN MANGKUK BERISI BIJAN DAN AIR SECARA BERASINGAN 
  12. BULATKAN DOH YANG TELAH SIAP TADI DAN MASUKKAN INTI KEDALAMNYA 
  13. RENDAMKAN SEKETIKA DOH YANG TELAH SIAP DAN GULINGKAN DI ATAS BIJAN SECARA RATA.
  14. CARA GORENG 
  15. MASUKKAN MINYAK 
  16. BUKA API SECARA PERLAHAN TUNGGU MINYAK BETUL BETUL PANAS DAN MASUKKAN ADUNAN KUIH TADI 
  17. GORENG SECARA API SEDERHANA DAN KERAP TERBALIKKAN
  18. GORENG SEHINGGA KEKUNINGAN 

  "SELAMAT MENCUBA"


Jumaat, 29 Oktober 2021

KUIH SRI AYU TANPA SANTAN.

"KUIH SRI AYU GEBU "




BAHAN A:

3 biji telur *
Ovalette 1 sudu besar *

Gula satu cawan *

BAHAN B :

Tepung gandum 2 cawan

Baking powder 1 susu kecil (sudu kfc)

Tepung ubi satu sudu besar 

1 cawan susu cair tin (jenama apa pon tak apa)

Pewarna hijau sedikit 

BAHAN C: 
1 biji isi nyiur ( putih sahaja)

Satu sudu besar tepung gandum

Garam secubit 

CARA:

1. Basuh 3 biji telur 

2. Pecahkan ke dalam bowl mixer 

3. Masukkan 1 cawan gula ke dalam bowl yang sama 

4. Masukkan satu sudu besar ovalette 

5. Pukul sampai kembang. putar perlahan dahulu sampai agak kembang kemudian putar laju pada tahap 4-5

6. Pukul sampai ringan dan putih 

7. Kemudian masukkan Bahan B - 2 tepung gandum dan 1 sudu besar tepung ubi yang dah digaul rata bersama baking powder.

8. Masukkan 1 cawan susu cair 

9. Putar sebentar dalam kealjuan sederhana. Gaul rata menggunakan spatula.


UNTUK NYIUR 

- Gaul isi nyiur bersama sedikit garam dan 1 sudu besar tepung 

*Kemudian didihkan air kukusan sehingga betul betul menidih 

*Sediakan bekas acuan yang mencukupi 

*sapukan minyak pada acuan Sri Ayu 

*Masukkan nyiur yang telah digaul mengikut kuantiti yang dikehendaki (1 atau setengah sudu)

*Tindankan setiap acuan agar nyiur di dalam acuan padat 

*Kukuskan sebentar 3 minit ( Tak mahu pun tidak mengapa) 

*Kemudian masukkan adunan yang telah diputar tadi kedalam acuan 

*Kukus selama 15 minit dengan api yang besar 

*Pastikan tudung pengukus dibalut dengan kain bersih agar wap air tidak terkena pada kuih Sri Ayu

*Selepas 15 minit boleh keluarkan dari pengukus 

*Tunggu sebentar dan boleh dijamah 

kejadian kuih yang saya buat. 

https://www.instagram.com/s/aGlnaGxpZ2h0OjE3OTE3NjUxOTIxNjIyMzY1?story_media_id=2508776566341752356_2219053533&utm_medium=copy_link

TERIMA KASIH , ''selamat mencuba"